Setelah memastikan rumah dan kereta diuruskan, maka saya mulai sibuk mengemas barang2 untuk dibawa pergi bercuti.Saya serba salah dengan beg yang ingin saya bawa, nak pilih maskulin atau feminin. Jadi saya suka beg yang lasak ,saya pilih feminin. maskulin tak sesuai.Bila packing punya packing, penuh pula beg, makpun menegur: banyaknya barang kamu? kan pergi sekejap sahaja. Hahaha...takkan saya nak pakai semua yang baru di sana? Biasanya kalau saya travelling, seterikapun saya bawa sebab saya tak suka pakai pakaian yang berkedut.
Hati ini sangat teruja hendak menemui kakak NB , idola saya. Saya juga berdebar-debar kerana banyak perkara yang baru akan saya temui. InsyaAllah, semoga saya selamat pergi dan selamat pulang.
Malam ini , cucu saya PUTRI akan menyambut harijadi ke2. Menu yang disediakan ialah, nasi impit, kuah sate, tomyam , bihun goreng dan buah tembikai sebagai pencuci mulut. Selamat hari jadi ,cucuku. Nek Su akan belikan hadiah semasa di KL nanti.
Esok saya akan bertolak jam 5 pagi dari rumah, memandu sendiri sehingga Samarahan untuk mengambil kawan saya ,CT. Dia akan bawa kereta balik .Jumpa anda semua selepas 10 Jun.Salam hormat...dan jaga diri baik2. Jika menziarahi, buatlah macam rumah sendiri......
Someone special said to me : Ko dalam blog beria2 sakit, tapi boleh pulak berjalan-jalan.....lepas tu dia buat kartun gelak berguling2 yang memang saya tak suka langsung.
Saya mempunyai beberapa misi sebelum saya ke Kuala Lumpur.
1. Menziarahi Makcik dan Ariza sekeluarga.
Terkejut saya dengan cucu2 makcik yang ramai. Dulu masa masih sekolah, rumah makcik memang selalu dikunjungi oleh kawan2 anak makcik termasuk saya. Jadi bagi saya mereka ini adalah keluarga saya juga.Dalam hati saya berjanji yang saya akan selalu mengunjungi rumah makcik biarpun mereka semua tiada balik bercuti. Nasib saya tak jumpa kak Madzalina....hehehe, dalam entry saya yang dulu saya ada mengata beliau dan Riza dah bagitahu kak Ina...aduhhhh mahu telinga ini kena piat kang....hahaha.Ala kak Ina...akak memang cantikpun tetapi kalah dengan makcik sebab makcik masa muda sangat cantik..huhuhu.
2. Melawat abang D saya .
Namun abang D dan kakak Nurul tiada di rumah....maybe abang D kena pergi hospital untuk treatment kakinya. Saya cuma jumpa Farid Asyraf dan Faris Danial.
3. Pergi ke Klinik.
Saya pergi ke klinik untuk gastrik saya. Menurut doktor , mungkin sebab saya pernah keracunan makanan semasa jamuan hari guru lepas menyebab urat perut saya masih lemah. Sebab itu saya tak boleh makan pedas...namun dasar orang degil....maggi kari itu juga yang disukai.So, rasalah...
4. Keluar dengan geng bujang saya : YOM dan Mak Haji.
Kalau keluar dengan mereka kena banyak bersabar sebab mereka ini cerewet kalau membeli barang2. Biasanya kami kalau di pekan berpecah ,bawa haluan masing2 sebab pilihan dan tujuan tidak sama. Selalunya si YOM selalu jadi supir dan saya jadi tourist guide. Tapi selalunya saya selalu bagi petunjuk salah......marah supir bila kena banyak kali tawaf jalan. Kalau dengan geng ustazah2 dari Semenanjung, saya yang kena perli sebab bukan saya bawa jalan tapi mereka lebih arif dari saya sendiri. Buat apa nak marah...memang saya blurr pasal jalan.
5. Misi mengisi stok makanan, ubatan dan keperluan rumah
Saya kan pergi bercuti.Bunyinya jahat sebab pergi seorang diri tanpa membawa mak saya. Mak saya taklah sihat sangat ....tetapi dia rela tinggal daripada mengikut saya berjalan. Dia kenangkan cucu2nya yang ada terutama si Luqman. Jadi saya memastikan semua stok makanan , ubatan dan keperluan rumah lengkap semasa ketiadaan saya. Belum lagi dengan barangan yang perlu saya bawa termasuk sabun mandi....hehehhe kat KL takde sabun ke? Susah saya nak berjalan kat sana....sebab KL besar.
Dan lawaknya saya mendapat 2 tandan pisang daripada ayah mak Haji. Bukannya apa , saya tengah mencari pisang masak untuk dibuat kuih lepat pisang. Anak saudara saya si Angah kelmarin call kata teringin...agaknya dia pregnant lagi kot? Dapat cucu saudara ke 11 kah saya nanti?
Setelah menghantar mak haji dan Yom....saya sampai di rumah jam 9 malam. Jalan kampung tahu sajalah....terangkat kaki saya melihat besarnya ular tebu melingkar di jalan tanpa menyedari yang diri sendiri tengah memandu. Meremang bulu tengkuk saya sebab abang saya pernah nampak benda pelik2 kat situ.....jadi...saya memasang CD ayat AlQuran di dalam kereta.

Saya tak berapa sihat hari ini sebab gastrik saya menyerang lagi. Nak kata tension dan tak makan tak jugalah....tetapi mungkin kerana makan sesuatu yang pedas. Sepanjang pagi saya menghabiskan masa di sekolah. Alhamdulilah tahun 6 ramai yang hadir untuk kelas tambahan. 9 murid yang tak hadir ialah kumpulan yang lemah dan selalu gagal. Jadi, salah siapa kalau mereka gagal jika masa kelas tambahan mereka tidak hadir. Hal ini menyebabkan saya terpaksa menukar aktiviti yang dirancang sebab ia memerlukan kehadiran semua. Jadi saya memberikan latih tubi menjawab soalan2 sains UPSR sahaja. Lantaran itu saya melayan si kecil inilah. Hobinya suka berjalan. Di belakang rumah warna pink itu rumah saya......kalau kaler pink memanglah penghuninya feminin. Tahun ini nak cat hitam, boleh ke.....hahaha mahu orang tak nampak rumah saya waktu malam.
Si kecil ini setiap pagi memang akan menjenguk rumah saya. Saya sentiasa berpesan dengan kakak saya untuk sentiasa berhati-hati , bimbang dia berlari meluru ke jalan raya sebab budak2 kampung suka merempit. Saya sendiripun masa bertolak atau balik ke rumah mesti sentiasa awas sebab dia suka melompat-lompat jika nampak kereta saya. Mungkin 2 tahun lagi, dia boleh saya bawa ke sekolah pada waktu petang.
Saya patutnya nak masukkan 'sesuatu' di sini namun saya belum sedia berkongsi dengan semua tentang hal ini. Lagipun kakak saya dah komen awal.....jadi tak payahlah saya siarkan.
Wahhhh.... sapa punya entry yang sombong banget nih?( tiru bahasa kak NB).hehehe...Jangan menyampah dulu, baca sampai habis.....let me tell you the truth.
Sejak minggu lepas, saya selalu tersedak semasa makan dan minum. Sakitnya bila nasi atau air masuk melalui saluran hidung. Sehinggalah pagi tadi, kawan baik saya ,Madam T yang sibuk mengisi borang kena sembur dengan air teh.....alamak???? Malunya saya....kesian dia. Nasib saya cepat swing ke arah lain dan dia cuma kena tempias. Nasib baik juga borang yang dia isi boleh diprint semula. Dalam sejarah hidup saya, tak pernah saya berperangai macam ini. Saya cukup kuat menjaga tatatertib di hadapan rakan dan orang ramai. Ia dikaitkan dengan orang yang menyebut2 nama kita. Siapa agaknya ye.....
Dan selepas saya membawa mak saya ke Klinik, saya terus pergi ke Kuching. Semasa makan tengahari ( sejak kena gastrik ,saya mesti pastikan saya makan) saya tersedak lagi. Kemudian saya menerima sms dari kawan baik saya sejak kecil ,ARIZA. Dia bising2 sebab saya belum muncul2 lagi ke rumah maknya dan dia sekeluarga pula bercuti di Kuching. Sabtu ini mereka balik Bintulu. Ahakzzz....takde orang lainlah yang sebut2 nama saya ni...mestilah si Riza dengan makcik. Bila saya call dia.....tahu apa katanya???? Saya diwajibkan ke rumahnya sebelum dia balik Bintulu dan sekarang dia berada di Putrajaya. Katanya bz memanjang.....saya kenalah buat appoinment dulu. huhuhuhu, apa kejenya sayapun tak ingat, tapi kira senior jugalah jawatannya dalam SESCO. Suaminya pula , manager kat SHELL. Saya selamba je jawab, takpelah tak tengok muka awak, asal saya tengok muka makcik cukup. Dan kesian juga saya bila dengan nada rendah dia tanya : Kau tak nak jumpa aku ke???? Hehehehe....ye lah, Jumaat ini saya akan ke rumahnya. Sempat juga dia pesan nak paper upsr....huhuhu.
Hari ini saya ke sekolah sebab dah janji dengan murid2 tahun 5 kelas tambahan sains. Tapi sayangnya ,budak2 tu mungkir janji... seorangpun tak nampak muka. Bercuti sakanlah tu. Cikgu nampak terlebih rajin. Kalau tak buat, mak bapa n orang2 kampung akan mengata cikgu malas.
Esok satu kelas lagi untuk tahun 6.....kelas 3 jam. Siap saya pesan dengan pak guard, suruh mereka berkumpul dan tunggu saya. Kalau mereka tak datang juga esok....ha....buka sekolah nanti saya akan marah n berleter.....dan cuti akan datang saya takkan buat kelas lagi.....baik saya nikmati cuti nanti.
Saya akan bercuti ke Kl 7 Jun hingga 10 Jun. Tiket dah beli. Sandal dah sedia. Baju2 dah sedia....beg????? hahaha...tengah fikir ,beg mana nak pakai. Nak guna beg beroda ke? Ada beberapa misi saya di Kl nanti.
1. Pergi READ MALAYSIA. Saya nak cari buku2 yang best....bukan novel saja.Berapa budget???Adalah dalam RM200.Dulu saya pernah beli buku2 PTK sampai rm200 lebih dan sempat sambar 3 novel NB. Satu kotak saya bawa buku balik sampai overweight.
2. Saya nak jumpa kak NB n geng. Ada ilmu saya nak tuntut darinya. Bukan ilmu hitam tau....tapi ilmu yang membantu pengembangan idea dan kemahiran. Saya dah senaraikan soalan dan apa yang saya nak belajar nanti.
3. Shopping : kain, beg dokumen saiz A4 , dan pelbagai barangan yang tak ada di Sarawak. Saya kan kaki jalan.....
4. Nak makan sate kajang.....ini kak Zara lah yang buat saya teringin . Berapa bulan Za???? ohhh 12 bulan dah .....hehehe.
Pstt, Jangan bising. Ramai yang kenal saya tak tahu rancangan saya ni. Sebab, mereka bukannya ada masa nak layari internet. Dan untuk semua rakan bloggers yang pergi READ MALAYSIA pada 7 jun, jumpa anda di sana. Saya akan ada di sana sekitar jam 12 tengahari, itupun jika saya tidak sesat.

Tuhan lebih tahu karya Nora Ismail a.k.a Rose Harissa yang saya suka panggil ROSES. Novel ini sampai ke tangan saya pada 13 Mei 2009 dan saya mengambil masa selama 2 hari 2 malam membacanya. Gaya membacapun pelbagai....duduk, berdiri, bertenggek di balkoni, dalam kereta ,baring dan terlungkup dan terlentang.....namun saya mesti habiskan novel ini.
Saya takkan memuji melambung-lambung untuk novel ini . ikhlas dari hati saya memberikan ulasan yang sejujurnya.Sesiapa yang tak suka ,terpulanglah...ini hak peribadi saya sebagai seorang pembaca novel.
Cinta Rina dan Azfarel dalam ikatan perkahwinan adalah impian semua orang...bahagia dalam perkahwinan. Jika ada duka sekalipun itulah rencah kehidupan berumahtangga. Konflik yang menjadi tautan tiap cerita mengembangkan kisah dan melodinya ialah konflik kelahiran Ikhzal . Namun Rina adalah wanita yang sangat bertuah ( semoga ramai wanita yang teraniaya sebertuah beliau..)kerana dia dicintai oleh suami dan diterima oleh keluarga ibu mertua.Mungkin Roses mahukan cara penceritaan yang santai. Sejujurnya saya tawar hati dalam menghayati cerita novel ini kerana tiada cabaran dalam konflik watak Rina. Setakat ini saya belum jumpa lagi novel yang dapat menyelami konflik wanita teraniaya.Mungkin kerana semua novelis yang ada adalah wanita-wanita yang terjaga maruahnya , wanita terhormat yang takkan faham bagaimana rasanya seorang wanita yang terpedaya dan tergadai maruahnya.
Roses pernah mengatakan pada saya bahawa watak Hazry Izhar adalah watak yang akan dibenci, perosak wanita. Namun saya lihat dan selami bahawa Hazry a.k.a Arey tidaklah sejahat manapun. Pada usia semuda Arey dengan latar belakangnya , pergaulan yang bebas menyebabkan Arey melakukan kesilapan.Namun terlambat untuknya berpaling sebab dalam cinta tak ada istilah U-Turn. Malahan saya kesiankan Arey...menagih cinta yang suci. Azfarel pula memang menggambarkan jiwa lelaki yang lambat launnya akan menbangkit semula isu Rina dan Arey. Sebaik manapun lelaki itu, jika isu kevirginity ditimbulkan , tercalar juga ego mereka.Kenapa mereka boleh persoalkan virginity wanita sedangkan mereka boleh rosakkan wanita?
Namun ,bagaimanapun saya bangga sebab novel ini menunjukkan kematangan Roses dalam penulisan novel. Dia mampu meneroka dunia felda, kampus dengan gaya remaja kini, dan matang dalam rumahtangga.....satu bonus sebab dia wanita isteri orang....mama Ikh.
Saya selalu membaca dalam blog kakak NB tentang komen dan keluhan buku rosak dan mudah tanggal isinya. Oleh kerana buku2 yang terjual di pasaran sudah di seal dalam plastik, agak sukar untuk membuat pilihan. Saya selalu menghadapi masalah ini.Ia normal bagi saya. Apa yang saya lakukan untuk memastikan buku2 ini tahan bertahun2.
1. Check dulu buku tersebut. kalau ada gam yang tanggal...jangan marah2 .cool.
2. Ambil gam ( elok guna cow gum) atau UHU ke , gamkan ruang yang lekang tersebut.Jika nak lebih tahan, gamkan kulit buku dgn helaian pertama. Jangan banyak sangat....nanti anda juga yang nangis sebab x dpt baca kalau semua mukasurat terlekat.
3. tekan dengan benda berat..... eh bila dapat baca nih??? saborrrrrr.....tunggu ia kering dulu.kalau guna cara saya, gunalah kaki kerusi.....but make sure lapik dgn kertas dulu.
4. Lapik dengan plastik transfarent.....sebab? tangan kita ni kotor, berminyak ke....berair peluh ke.....
5. Baca janganlah ganas sangat. Buka sikit2 je....jangan bentang luas macam bentang tikar....patahlah tulang bukunya.
6. Bila membaca mesti ada adab.......
i. jangan membaca sambil makan.
ii. jauhkan minum dekat dengan tempat bacaan
iii. kalau mengantuk, berhentilah membaca.....jaga mata anda....buku tu nanti jatuh pulak.
iv. kalau suami anda ada dekat jgnlah membaca ...utamakan rumahtangga anda....kang marah cik abang anda tu.....niaya.
7. Jangan bagi pinjam pada orang yang anda tahu memang ganas dan tak tahu menghargai hak orang lain.
Sekian. terimakasih.
Terasa nikmat bila bercuti, melengkar di atas katil dan berangan2. Namun mata yang sudah biasa bangun awal sudah celik pada sejuknya subuh dinihari. Mak saya lagi awal dan soalannya : kau pergi mana hari ini? Saya hanya mengatakan duduk rumah sahaja dan memang mata dah tak boleh bangun lewat. So, saya melayari internet menjenguk rumah2 bloggers....rata2 tuan rumahnya bz memanjang. Jam 10 bertenet sekejap dengan kakak kesayangan dan macam biasa kami bincang isu negara....cewahhh.Biasalah saya ni mulut takde insurans selalu bercakap tanpa logik. Kakak saya pula akan mempertahankan hujah2 nya.Sebenarnya saya kagum dengan cara dia menyuarakan pendapat dan saya memang tewas di situ sebab saya kurang membaca. Asyik baca novel sahaja.....
Perkara pertama saya lakukan ketika bangun awal pagi, sebelum matahari memancarkan habanya ,ialah mencuci kereta. Cucu saya PUTRI yang saya panggil si 'KOTENG' sudah menjenguk di pintu rumahnya.....melambai minta saya ambil. Tahulah yang dia ni nak main dengan air.Kemudian ,biasa sebagai perempuan ialah mengemas dan mencuci rumah.Kalau hari bekerja, malam barulah saya berkesempatan membersihkan rumah. Alaaa...takde anak manalah nak bersepah. Hahaha...rumah saya tetap bersepah kerana burung2 pipit suka masuk ke dalam rumah saya.Merekalah yang menyepahkan debu dan 'uras'( sampah).
Hajat nak makan cucur pisang tercapai hari ini apabila kawan mak saya memberi pisang abu yang sudah masak. Kemudian mak minta buatkan bubur kacang hijau campur dengan jagung. Si Luqman pula bermain seharian sehingga abangnya terpaksa mencari. Saya memang tak nak cari sebab jika sampai saya mencari, mahu teruk budak tu kena pukul. Dan dia muncul dengan 2 ekor udang sebesar ibu jari saya.....huhuhu. Dia goreng sendiri. Letak minyak dalam frying pan,susun udang tersebut, tabur kunyit atas udang dan pasang api dapur.....jangan tanya camner rasa. Itu resipi dia sendiri.Saya tentulah bising sebab itu bermakna dia menghampiri sungai lagi.
Saya cukup bosan hari ini. Dalam blog2 yang saya jenguk ,takde entry baru.Saya tahu, si Roses balik kampung kenduri kahwin adiknya,Sarnia dan Salbie bawa anak2 pergi bercuti ke Bukit Merah. Kak Zara pun dah ke sana untuk bercuti.Yang lucunya...saya rasa mata saya pitam bila melawat rumah azrin, sarnia, salbie dan zuliana, mereka gunakan cat hitam.
Seharian ini emel saya dibanjiri dengan tagged...bila masa pula saya daftar ke tagged? Macam2 orang say yes to me.Iskkkkkk apa lah. Di penghujung malam, saya buat sesuatu yang drastik. Sesuatu yang buat saya terkelu tanpa kata.
Bangun dari tidur, seseorang yang melintas di minda membuatkan terlahir ilham ini. Nak saya luahkan ,dia memang sensitif kalau bab hati. Nanti marahnya berganda....saya tak tahu di mana silap saya.....namun saya harap jika dia ada masa jenguk sini dan baca sajak ini, saya harap dia mengerti....maafkanlah saya jika dosa saya pada anda terlalu besar.
sampai bilapun memang bukan aku
aku hanya sebuah titian
ukhuwah dua keluarga
Jika bibit-bibit kemesraan yang kita bajai
terlayu sendiri
siapakah aku untuk membiarkan
siapakah kau untuk menghukumi
kerana ALLAH mewujudkan segala
dalam seribu abstrak kehidupan
Tahukah kau?
Aku menghitung mencari kesalahanku
Yang menghapus semua senyummu
Lalu aku mengalah......lelah
Tapi tegarkah aku.....
di mataku wajah-wajah sendu arwah ayah kita
airmata mereka berkata seribu amanat....
tautkan ukhuwah
dua keluarga
untuk selamanya
Maafkan saya jika saya mengguris rasa hati .Saya tak tahu bagaimana mahu meluahkan, cukuplah amanat kedua arwah ayah kita dalam mimpi 3 tahun yang lalu saya tunaikan dengan merisik khabar walau sms saya tidak pernah berbalas. Ketika saya hendak membuat keputusan untuk meleraikan tautan hati ini, wajah arwah ayah terlalu sendu mengharap. Hanya doa sahaja mampu saya luahkan. Tiada sengketa antara kita ,tetapi kesibukan membuat kita tak mampu untuk mencipta ruang kemesraan. Namun saya tahu ALLAH Maha Pengasih.....Dia lebihkan dalam sesuatu yang lain untuk merawat setiap duka hambaNya. Berdoalah semoga kita sentiasa diredhaiNYA.