Betapa besarnya pahala anak yang terpilih menjaga ibubapa yang uzur. Namun adakah kita juga mudah mendapat dosa bila sesekali tanpa kita sedari kita menyinggung hati orang tua kita.
Saya sebenarnya mempunyai banyak perkara yang ingin saya kongsi bersama pembaca blog. Ruangan review novel terbiar begitu sahaja. Mengapa saya menjadi sangat malas? Apa sahaja bila difikirkan bagai menjadi satu alasan. Namun saya terlalu letih. Rutin saya menjadi sangat sibuk sejak sebelum ke KL untuk PBAKL lagi. Mak saya semakin memerlukan perhatian saya. Dalam masa yang sama sejak 1 April , pembantu rumah saya , Anizan telah berhenti kerana bekerja di kilang TAIYO. Ketiadaan pembantu dan kondisi mak yang sangat lemah menyebabkan dia terjatuh. Tangan kirinya tercedera. Kami hendak membawanya ke hospital namun dia berkeras enggan. Begitu cuak hatinya hendak mendapatkan rawatan hospital. Mungkin kerana dia sudah patah hati dengan layanan hospital yang tidak begitu baik. Saya pernah marahkan misi hospital mata kerana dia marahkan mak saya yang tidak dapat membaca huruf ABC untuk pemeriksaan mata. Bagaimanalah mak saya kenal huruf jika dia seorang yang buta huruf. Kemudian banyak kali membuat pemeriksaan mata , dia dijadikan bahan ujikaji doktor-doktor pelatih. Dia datang sebelum jam 8 pagi tetapi diberi giliran jam 1 petang...makin lemahlah badannya kerana letih dan lapar. Ini membuatkan kami menghentikan pemeriksaan matanya.
Syukur alhamdulilah setelah saya dan kakak sulung saya mencari dapatlah seorang pembantu baru, warga indonesia dan suaminya pula ada persaudaraan dengan mak. Dia diberikan gaji RM300 sebulan. Dia ditugaskan menjaga mak saya semasa ketiadaan saya. Kakak saya sering sibuk dengan urusan keluarganya jadi tak dapat membantu tengokkan mak. Dalam keadaan uzur ini, mak seakan tidak mahu ditinggalkan oleh saya. Semasa saya di KL baru-baru ini, dia demam, tak dapat bangun dan tak boleh tidur. Bila saya balik dan melihat wajah saya , dia menangis. Saya tahu mak begitu sayangkan saya. Meskipun layanannya kepada saya masa mudanya dulu amat mengecewakan saya, namun saya tahu mak saya adalah teratas dan segalanya bagi seorang anak.
Pada saat dia semakin sembuh dan sihat, dia boleh bangun sendiri. Sayangnya saya terlepas pandang keadaannya yang tak duduk diam. Siang dia tidur dan malam dia berjaga.Jadi seperti senikata lagu nenek si bongkok tiga, hehehe. Saya siangnya balik sekolah selalunya akan berada dekat dengannya melayan kehendak dia. Jika dia baring di bilik setiap 10 minit saya menjenguknya di bilik dengan pintu yang terbuka. Sehinggalah , satu petang dia amat gelisah sekali. Lampin pakai buangnya sudah lunyai dikerjakannya. Malamnya dia beberapa kali membangunkan saya, samada bertanyakan waktu atau meminta air. Pada jam 2 pagi saya terbangun tidur dan melihat dia sedang menyelongkar almarinya mencari sesuatu.Setelah ditegur dia tidur semula. Saya keletihan sebaik balik dari Kota Samarahan kerana seharian menjalani program perayaan Hari Guru peringkat daerah Samarahan,terus tidur dengan lenanya. Jam 4 pagi tetiba saya terasa jantung saya bagai terhenti mendengar bunyi bising benda jatuh. Saya terus bangun dan terjun katil melihat mak saya terlungkup atas lantai berdekatan pintu. Sebetulnya dia tidur dengan saya di atas katil. Saya terus memangkunya dan memeriksa kepalanya . Saya bertanyakan bahagian mana dia sakit.Tangan belum seratus peratus sembuh sudah terjatuh lagi. Saya berusaha mengangkatnya untuk dibaringkan ke atas katil. Namun kudrat saya terhad. Saya keseorangan pula di rumah. Saya terus berdoa dengan mak dalam pelukan saya....Ya Allah, kau berikan ku kekuatan untuk aku mengangkat emakku ini. Dengan lafaz Bismillah dan Allahu Akbar, saya dengan mudah mengangkat mak saya dan letakkannya perlahan di atas katil. Terasa putus urat perut dan pinggang. Namun segalanya saya ketepikan. Saya terus bangunkan kakak saya di rumahnya. Masa itu jam 4 pagi, gelap gelita...rasa takut dengan ular di luar rumah tak terlintas langsung. Saya tugaskan kakak saya menelefon semua adik beradik saya. Saya penat hendak menerangkan keadaan emak dan salah seorang abang saya bertanya : Bagaimana emak boleh jatuh..ha? Saya hanya menyatakan keadaan emak yang tak dapat duduk diam.
Abang sulung saya balik dan abang yang jadi Guru Besar pun balik. Saya mengharapkan ada cadangan untuk membawa mak ke hospital untuk dapatkan rawatan. Sehinggalah abang saya yang bekerja sebagai guard di UNIMAS balik bersama keluarganya , dia mencadangkan bawa mak ke rumahnya untuk dapatkan rawatan tukang urut di Kampung Meranek tempat kediamannya. Mak mulanya enggan namun setelah saya yakinkan bahawa saya akan bercuti sehari untuk menemaninya, barulah dia bersetuju. Tepat sekali, dia meraung kesakitan pada malamnya. Menurut tukang urut , mak saya ini sudah banyak kali jatuh . Malamnya dia langsung tidak dapat tidur kerana kesakitan. Saya sendiripun sama. Masa itu tak terucap keletihan dan kesakitan saya alami. Dada saya yang masih sakit terasa sakit semula. Namun waktu itu, kepentingan diri dan keadaan diri menjadi tempat ke dua. Masa itu mak perlukan saya,. Bukankah dia telah begitu berkorban jiwa raganya semasa melahirkan saya? Dan alhamdulilah biarpun memang sakit, namun emak saya nampak semakin pulih. Dia juga sudah dapat melelapkan matanya.
Ya, bila begini saya perlu mengubah segala rutin hidup saya. Selagi mak saya masih ada, selagi dia sihat. saya tetap utamakannya dalam hidup saya. Jiwa yang sensitif saya abaikan. Meskipun terkadang tercalar melayan bisikan iblis untuk merasa cemburu, namun atas nasihat seseorang saya ketepikan ia. Jangan melayan sangat perasaan negatif kerana pada saat-saat ini saya perlukan kekuatan jiwa raga saya untuk menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang anak. Saya tahu semua pembaca dan semua rakan sentiasa bersama saya dengan doa dan memberikan saya kekuatan. Terimakasih...
2 buku cheese philadelphia ukuran 250g. Sebuku cheese ini harganya RM10.50 |
3 bungkus kraker cheese .Sebungkus berharga RM3.20 |
setengah tin susu pekat manis. |
setengah bungkus kraker tadi ditumbuk atau blend halus. |
1. Setengah bungkus kraker keju ditumbuk atau blend halus.
2. Cheese digaul dengan susu setengah tin sehingga sebati. Anda masukkan susu sedikit demi sedikit mengikut kemanisan kesukaan anda. Ada di antara kita yang tidak suka manis. Pastikan rasa susu boleh menutup rasa masam keju.
3. Gaulkan beberapa sudu campuran cheese dan susu dengan tepung kraker tadi.
4. Bahagi dua adunan cheese, susu dan tepung kraker tadi untuk lapisan bawah dan atas.
5. sediakan acuan .Lapik acuan menggunakan aluminium foil untuk memudahkan proses pemotongan kek.
6. Letakkan adunan cheese, susu dan tepung tadi di dalam acuan.
7. Sapu adunan cheese dan susu sebanyak 3 sudu makan.Ratakan.
8. Susun kraker keju di atasnya. kemudian letakkan 3 sudu campuran cheese dan susu di atasnya. Buat sebegini sehingga habis.
9.Bahagian terakhir , letakkan setengah adunan cheese, susu dan tepung kraker tadi. Ratakan. bila dah siap bungkus dengan aluminium foil.
10. Letakkan dalam freezer untuk disejukkan.
Lapis dengan kraker cheese. |
Cheese cake yang sudah siap. |
Telah banyak cheese cake saya cuba, namun saya lebih suka dengan cheese cake yang dibuat oleh Kak Munah @Puan Maimunah Hamadi sebab rasanya tidka terlalu manis.Cheese cake ini kegemaran keluarga Kak Sri Diah. Hari ini saya membuat cheese cake dengan membahagikan setengah adunan untuk membuat kek yang lebih kecil. Selamat mencuba rakan-rakan.
Ini merupakan hadiah belated birthday saya daripada Khamisah Mohd Nazri. Dia ialah seorang adik dari kumpulan Geng Pizza. Entah nama Geng Pizza ini macam saya belum layak jadi ahli sahaja kerana saya belum makan pizza dengan mereka...hahaha. Mari kita baca apa yang tercatat dalam plak hitam ekslusif ini.
Ibu saya bernama Puan Amoi binti Judin, berusia 79 tahun. Minggu lepas dia terjatuh sehingga tangannya terseliuh dan bengkak. Saya ingatkan keadaannya tidaklah berapa teruk sangat tetapi kembalinya saya daripada KL saya dapati keadaannya sangat teruk. Tangannya yang asal cuma lebam menjadi lebih bengkak dan besar. Dia tidak menggerakkan tangan kirinya. Pada saat saya melawatnya di rumah kakak sebaik sampai ke rumah, dia menangis melihat saya. Hati saya sangat sedih melihat keadaannya.Memandangkan saya terpaksa menghadiri satu kursus pemantapan pengajaran dan pembelajaran sains 5P di Dewan Suarah Samarahan seharian maka beliau terpaksa saya tinggalkan di rumah kakak saya. Menurut kakak, dia langsung tidak tidur. Dia risaukan rumah yang ditinggalkan.
Sebaik saya balik dari kursus, saya terus mengambilnya dari rumah kakak menggunakan kerusi roda. Kasihan saya melihat keadaannya. Badannya panas petanda dia demam. Semalaman itu saya langsung tidak tidur kerana saya hendak memastikan suhu badannya menurun. Alhamdulilah dia dapat melelapkan mata setelah beberapa hari dan malam tidak tidur. Selain sakit, saya tahu jiwa dan semangatnya sangat lemah kerana ditinggalkan oleh saya. Sedar atau tidak dia berusaha agar saya tidak meninggalkannya. Mana mungkin saya berhenti kerja hanya kerana hendak menjaganya sentiasa. Jika tidka bekerja , bagaimana kami berdua hendak hidup? Siapa yang akan bagi makan? Secara perlahan-lahan saya memujuk dan memberitahunya bahawa saya perlu bekerja untuk kelangsungan hidup kami berdua. Seharian itu, saya memohon cuti rehat khas untuk merawatnya dan mengembalikan semangatnya yang hilang.
Betapa lemahnya semangat emak saya kerana dia seakan enggan bangun bila merasa kesakitan. Begitu juga sudah tidak pandai untuk memegang barang dengan tangan kanannya, hatta untuk mengorak langkahpun seakan tidak berdaya. Namun sebagai anak kena banyak bersabar dan bijak menanggani masalah ini. Saya pujuk dan paksa dia untuk bangun duduk ketika hendak makan. Sesekali saya letakkan makanan di tangan kanannya. Keadaannya yang lemah menyebabkan beliau sangat berat. Pernah satu kali ketika saya memapahnya ke bilik dia boleh melurut ke bawah. Nasib baik saya sempat menyambar badannya dari jatuh.
Alhamdulilah, bila dipujuk banyak kali dan dengan bantuan beliau dapat duduk, bangun ,berdiri dan berjalan. Segalanya perlu dengan bantuan. Malahan makannya juga teratur dan berselera. Demam beliaupun sudah kebah dan tiada masaah tidur . Kesimpulannya, beliau sangat lemah kerana kurang tidur. Adakalanya bila fikirannya terganggu dia boleh menanggalkan lampin pakai buang dan kemudian cadarnya basah dengan air kencingnya. Bila begini , saya tetap menyalin dengan sabar. Terkadang bergurau juga dengannya. Ishhh mak tak malu ye ....hehehe.
Sekarang, beliau beransur pulih semangat dan fizikalnya. Setelah dua minggu tidak membuang air besar kerana kesakitannya, akhirnya dia dapat membuang air besar secara normal. Saya masih tetap menyuapkannya makanan dan minuman. Jika abang atau kakak saya datang mengunjungi emak dalam masa makannya , saya suruh mereka menyuap mak makan. Biarlah mereka berpeluang berbakti dengan emak. Namun sayangnya , sehingga saat ini impian ini tidak kesampaian. Pada saat saya melihat emak menitiskan airmata saya tahu hati emak amat terluka dan sedih. Mungkin kerana saya mungkin juga kerana orang lain ....sebab saya mungkin tanpa sedar layanan terkurang. Ampunkan saya emak kerana hanya setakat ini sahaja mampu saya lakukan untuk emak....semoga emak cepat sembuh dan cergas seperti biasa.
Selamat hari ibu, emak dan semoga Allah mengurniakan emak kesihatan yang baik dan umur yang panjang. Doakanlah wahai sahabat-sahabat, semoga emak saya cepat sembuh dan semoga saya tetap tabah menghadapi segala dugaan ini...amin. Selamat hari ibu untuk semua ibu-ibu di dunia ....tanpa mu ibu , siapalah aku.
Bagasi saya dan Noria |
Ya, saya menggunakan firefly sebab ini perkhidmatan yang baru untuk saya dan rakan. Tetapi pada akhirnya saya rasa adalah lebih baik menggunakan MAS sebab lebih kurang sahaja kosnya. MAS memberikan 20kg percuma dan tambahan bayaran kargo terlebih hanya RM12 sekilo. Itupun pihak mereka akan mengusahakan untuk kita tidak perlu membayar banyak.
Jika hendak ke Pesta Buku lain kali kenalah pastikan beli kargo yang lebih banyak. Kita tahu buku-buku semakin berat dan semakin tebal. Kawan saya dikenakan bayaran RM540 untuk lebihan 18 kg dan saya pula dikenakan bayaran RM120 untuk lebihan 4 kg. Saya sangat menyesal sebab saya tidak sebijak tahun lepas dalam hal menguruskan kargo. Tahun lepas buku-buku yang saya borong lebih banyak dan lebih berat. Namun saya tidak dikenakan bayaran kargopun. Sepatutnya saya membawa semua buku yang saya beli di dalam beg pack troli dan bukannya dimasukkan ke dalam kotak.
The moral of the story ialah :
1. Beli kargo lebih banyak.
2. Bagasi yang berat dibawa sebagai hand luggage.
3. Kemas bagasi lebih awal dan bukan last minute.
SERIK untuk mengembara ? Tidak sama sekali, pengalaman ini mahal dan akan mengajar kita lebih berhati-hati pada masa hadapan.
Siapa tidak suka hadiah terutama daripada kenalan dan sahabat ? Walaupun kecil pemberian itu, kalau daripada insan yang dikasihi, sangat bermakna dalam hati kita. Apa lagi sejak kecil saya tidak pernah mendapat hadiah terutama pada hari jadi saya. Hanya bila di usia 40an ini barulah saya mendapat hadiah harijadi. Yang biasa saya perolehi masa kecil ialah hadiah akademik yang saya usahakan sepenuh jiwa raga.
Hadiah belated birthday daripada geng pizza saya, Kusyi Hirdan dan Khamisah Mohd Nazri |
T-shirt dan beg kain Karangkraf |
Hadiah hati daripada adik GPS saya, Norhayati Osman dari Brunei. |
Isi Tin coklat batu. |
Keropok Lekor |
Kain batik daripada Idasm |
Luv Islam dan Puteri Karla |
Novel-novel NB Kara dan hadiah percuma. |
Novel -novel Alaf 21, Buku Prima ,Karnadya dan Kaki Novel |
Novel Jemari Seni dan buku kerja |
Buku-buku kerja |
Tengahari saya berjumpa dengan kawan saya, Nornizma yang pernah mengajar di SK Jemukan .Dia telah meninggalkan SKJ selama 5 tahun. Panjanglah cerita kami berdua di Secret Recipe Sogo. Noni belanja saya makan tengahari. Terima kasih banyakbanyak.
Bersama Nornizma |
Berjumpa Eejay Zakaria di booth NB Kara. |
Bertemu lagi dengan Kak Mijah, kakak Kak NB |
Akhirnya, saya berkesempatan bertemu dengan Kak Nah , kak NB |
Juga berkesempatan menemui Zuliana Abuas penulis novel Bunga Di Rimba. Dia memberikan saya sebuah novel fantasinya : Puteri Karla. Terimakasih. |
Kak Sri Diah dan Zul Haron |
Bersama Kak Sri dan Kusyi Hirdan |
Gambar ramai-ramai. Si Kusyi ni entah apa yang dipegangnya. |
Dengan Fariza pekerja NB Kara dari Sarawak |
Gambar ramai-ramai |
Alamak...takkan kak Yati nak lelong budak dua orang ni pulak. Oh tidakkkkkkkkk.... |
30 april 2011 adalah hari jadi abang saya, Saidi Bujang. Selamat hari jadi kepada abang saya, semoga kehidupan sentiasa diberkati dunia akhirat. Pada hari sabtu ini , saya ke PWTC lagi tetapi sebelah petang. Pada sebelah paginya kami sibuk shopping di Sogo dan saya membeli beg pack bertroli. Kami menginap di Hotel Noble berempat dan ia sangat memuaskan. Berdekatan dengan syurga membeli belah...hahaha.Kebetulan semasa di sana, saya temui ramai kenalan yang kebetulan menginap di sana juga. Apa lagi kami membeli-belah dengan gembiranya...kononnya. Hati saya nak ke PWTC tapi kesian kawan2 yang hendak berjalan-jalan. Masa lunch di Sogo saya ambil peluang makan yong tau fu...dan sambal kerang. alhamdulilah. Tapi kesan makan pedas , saya sakit perut sahaja.
Stesen LRT yang sesak sampai dikawal oleh polis. Sangat mengejutkan. |
Nik Fauziah dan anak-anak yang menunggu kedatangan saya. Kesian mereka. |
Makan serawa durian dan pulut kukus ,juga nasi lemak dengan kak yati dan geng. |
Anak-anak saudara saya, Afi Faris dan Sabrina Yamin yang datang ke PWTC khas untuk jumpa saya. Kasihan mereka. |
Tahun lepas tak sempat ke Jemari Seni. Tahun ini saya berjumpa dengan Kak Noor Suraya. |
Rezeki pertemuan, berjumpa dengan Wan Amalyn, geng buku. |
Yes...inilah Kak Sri Diah yang saya temui. |
Jauh-jauh dari Sarawak, berjumpa juga kami dekat sini. |
Gembira menemui Ojan dan Akim. |
Manjanya Teta dengan Kak Khamnya... |
Tapi bila saya peluk dia menangis...huhuhu.Maaflah Teta. |
Tangan siapa ini? |
Tangan siapa ini ? |
Sudah lama kiranya saya tidak menulis dalam blog kesayangan saya ini kerana kekangan kesibukan harian. 29April hingga 2 Mei 2011 saya telah bercuti ke KL untuk menghadiri Pesta Buku KL 2011. Selain daripada itu adalah untuk berjumpa dengan rakan-rakan dan shopping sakan untuk hari raya aidilfitri 2011.Banyak peristiwa dan pengalaman yang saya kutip semasa PBAKL 2011 kali ini. Kedatangan saya bukan keseorangan tetapi ditemani oleh 3 orang rakan iaitu Noria ,Asmah dan Norhayati Osman dari Brunei. Percutian ini sudah lama dirancang sejak tahun lepas lagi. Biarpun kami tidak sama penerbangan namun diizinkan Allah , kami bertemu juga di KL. Alhamdulilah.
Akibat terlalu teruja dan kesibukan tugas , sebelum itu sekolah saya mengadakan sukan tahunan pada 28 April 2011, saya terlupa membawa kad pengenalan .Semasa di kaunter check in ,saya sudah memberitahu Noria untuk dia bertolak terlebih dahulu dan saya bertolak kemudian. Namun seperti saya kata ,perjalanan ini dipermudahkan Allah,atas bantuan pihak imigresen saya dapat berlepas menggunakan lesen memandu. Tak henti saya mengucapkan syukur di dalam kapalterbang...namun ada sedikit emosi yang tercalar. Hati saya dipagut rasa risau....memandangkan emak saya pula baru terjatuh. Semoga dia sihat dalam penjagaan kakak saya. Itukan anaknya juga.
Dua sahabat saya dari Geng Pizza : Khamisah dan Kusyi Hirdan |
Novelis kesayangan ramai : Norhayati Berahim. |
Hehehe..ini seorang lagi budak kecil dengan peacenya. |
Noria Rosli, kawan saya. Akhirnya hajatnya tercapai untuk menemui kak NB dan Kusyi Hirdan. |
Norhayati Osman dari Brunei.Budak kecil dengan peacenyapun senyum sokmo.Kali ini dia tak buat pos pejam mata. |
Dengan kanak-kanak riang. Promoter terbaru NB Kara PBAKL 2011. Cantik tak t-shirt yangdipakainya? JIka anda nak, anda boleh menempah secara online ke NB Kara. |