Tuhan, tolonglah aku...

0

Posted by Leeza | Posted in

sebelum operasi
Ya...sudah lama menghidapi sakit kaki ini sehingga kaki kanan sudah membengkok. Saya melipat kaki tak sakit tetapi hendak meluruskannya , seksa. Lantaran itu saya pergilah ke KPJ Kuching Specialist Hospital untuk membuat xray dan MRI. Doktor yang saya jumpa ialah Dr Lee Wee Guan . Ketika dia menekan lutut bahagian betis, sakit sangat. Terus dia arahkan buat scanning. Berjam saya dalam bilik MRI tersebut sampai kaki saya kebas. Bila diketahui daripada MRI dan Xray, didapati tulang saya sudah terkeluar dari soketnya. Doktor nasihatkan saya buat pembedahan. Dia yakinkan pembedahan hanya ambil masa 20 minit dan selepas itu sudah boleh berjalan...pandai dia psiko saya. Yang pastinya saya teruja sungguh terus setuju untuk dioperasi. Saya lupa pesan adik saya Hayati Baharom untuk tanya pendapatnya dahulu. Sebab di minda saya kalau 20 minit ia adalah operasi yang sangat-sangat minor. Maka kalutlah saya bila mengetahui ia bukan semudah yang disangka. Maka beberapa tindakan saya ambil.
1. Call kakak saya minta dia jaga emak malam ini.
2. Call abang ,minta ambil kereta saya.
3. Call kak Yati bagitahu saya nak operate....minta doakan.
Ejen medical card Prudential saya. Afif Salleh
Maka operasilah saya dengan bius separuh badan. Sakit susah nak cakap. Saya kan takut injeksi. Jam 4 operasi jam 6 keluar dewan bedah. 20 minit menjadi 2 jam. Penipukan...hahahaha jangan percaya doktor anda sepenuhnya. Petang itu anak saudara saya Fakhry menunggu saya . Malamnya saya ditemani oleh anak saudara saya Faziyanni. Syukurlah ada anak saudara ini, alhamdulilah.
Kos operasi ini semuanya RM10,000 dan saya menggunakan Medical Card Prudential untuk menampung pembelanjaannya. Kita tak minta sakit tetapi siapa sangka hanya kerana jatuh , tulang saya beralih dan terpaksa dibedah ? Dugaan ini....syukur alhamdulilah.
Selepas operasi...sakit jugalah.
Sepatutnya emak dijaga oleh kakak di rumahnya selama saya bercuti sakit selama 2 minggu. Namun dia cuma dapat bertahan sehari sahaja. Terpaksalah kakak menghantarnya balik. Masa inilah dugaan paling hebat bagi saya kerana sudahlah kaki sakit dan tidak kuat , kena menguruskan emak. Hendak tak hendak saya terpaksa banyak bergerak. Pada mulanya saya tak makan painkiller , bila bekerja keras terpaksa juga saya telan. Tak apalah..itu mak saya. Moga Allah memberi kami kekuatan dan kesabaran..amin.

SPM OH SPM

0

Posted by Leeza | Posted in

Semalam keputusan SPM diumumkan. Kawan saya berkongsi perasaannya terhadap keputusan anaknya. Namun bagi saya keputusan anaknya sangat baik kerana bukan calang-calang anak Cina mendapat A dalam BM dan Sejarah. Saya gelakkan kawan saya  ini sebab dia selalu mengadu tiada seorangpun anaknya menunjukkan minat dalam sejarah seperti dia. Kami berdua minat sejarah dan selalu mendapat markah tinggi dalam sejarah. Saya pernah mendapat Best Student sejarah sdi SMK Tun Abg Haji Openg dulu. Ternyata si Joanne berjaya membuktikan dia juga bijak dalam Sejarah.

Kemudian saya tanya apa lagi yang hendak dimurungkan sebab Joanne telah berada di jalan yang hendak dikuasainya untuk kerjaya masa depan. Joanne hendak mengambil kursus Perundangan. Untuk itu dia telah menghantar Joanne belajar A Level di Help University ,Kuala Lumpur. Suruh sahaja Joanne fokus dalam apa yang dia ambil sekarang.

Apa yang saya ingin tekankan ialah soal duit. Bila kami berdua bercakap, kami berdua rupanya pernah mengalami keperitan selepas SPM. Saya dulu mendapat tawaran untuk Diploma akaun di UITM Shah Alam. Malangnya ibubapa saya tidak berkemampuan. Maka saya menyambung ke Tingkatan 6. Selesai STPM, saya mengalami masalah serupa bila mendapat tawaran ke UM. Maka tersadailah saya di Maktab mengambil sijil perguruan asas. Setahun saya tenggelam dalam kekecewaan kemudian saya bangkit dan berjuang. Umpama askar yang tercedera saya berusaha untuk membaiki apa yang tercarik. Alhamdulilah keputusan saya bertambah baik. Apa yang membangkitkan saya? Surat daripada Cikgu Yamin...itu yang menyedarkan saya. Dan kawan saya juga mengalami keadaan serupa. Berkorban demi memikirkan ibubapa yang tidak berdaya. Pengalaman ini rupanya menjadi pengajaran untuknya, berusaha menyimpan wang untuk kepentingan anak-anak. Saya sendiri biarpun tiada anak, namun sejak dulu saya tekankan kepada anak-anak saudara saya, jika hendak belajar tinggi-tinggi pergilah, saya akan membantu sedaya mungkin. Namun setakat ini hanya anak-anak perempuan sahaja yang berusaha keras. Si Luqman khayal dengan dunianya dan sudah tidak dapat ditegur. Dia sudah menjadi tanggungjawab ayahnya sepenuhnya. Jadi, saya merasa kecewa jika anak-anak sekarang amat mementingkan diri dan tidak mengenang jasa-jasa dan pengorbanan ibubapa mereka. Insaflah wahai anak-anak, masa depanmu terletak di tanganmu sendiri. Ibubapa berusaha menyediakan tapak yang selesa untukmu. Jangan leka dengan duniamu.

BULUH DI SOLO

0

Posted by Leeza | Posted in

Semasa mengunjungi Solo baru-baru ini saya perasan  penggunaan buluh sangat berleluasa . Di kampung Bibik Sariyanti, Grompolsragen saya melihat bagaimana buluh digunakan untuk membuat gelegar atap, tiang rumah dan lantai pangkin depan rumah. Malahan buluh juga digunakan untuk membuat tempat penyidai pakaian. Unik sekali. Masyarakat Solo amat rajin dan kreatif. Buluh juga dianyam untuk dijadikan dinding , pagar dan bakul yang digunakan untuk membawa barang- barang jualan dan hasil tani mereka. Majoriti rumah lesehan di sepanjang tepian Tasik Lawu, Sarangan  dibina menggunakan buluh.

Pagar daripada buluh

Pagar buluh

Gelegar atap dan tiang daripada buluh

Kerusi daripada buluh

Tempat penyidai pakaian daripada buluh. Mudah alih....

Anyaman buluh.

Dinding di sebuah restoran daripada buluh

Tempat solat juga daripada buluh yang dianyam cantik

Ruang lesehan untuk makan duduk di atas lantai dan menggunakan meja rendah

Dinding buluh yang diwarnakan di sebuah warung sate kelinci di Air Terjun Parangijo

Bakul buluh yang diletakkan atas motorsikal

Dinding dan meja daripada buluh dekat Parangijo  
Syukur alhamdulilah kerana saya berpeluang melihat hasil semulajadi digunakan dalam kehidupan harian di Solo. Di tempat kita pokok buluh ini menghadapi ancaman kepupusan kerana tidak diusahakan dengan sepenuhnya. Malahan tiada usaha untuk menanam pokok buluh sebagai satu sumber ekonomi yang utama.

PERCUTIAN KE SOLO 3

0

Posted by Leeza | Posted in

Pada hari Isnin 12 Mac 2012, percutian diteruskan dengan memenuhi program untuk Qaisara. Sebelum itu kami ke Pasar Gedhe untuk membeli buah salak sebagai buah tangan balik ke Malaysia. Seguni buah salak seberat 29kg harganya lebih kurang 100000 rupiah.

Buah salak.
 Setelah itu kami bertolak ke Pasar Grosir Solo untuk shopping.PGS ini merupakan sebuah bangunan yang mempunyai beberapa kedai menjual pakaian ,peralatan rumah dan telekong. Saya membeli kemeja batik untuk Guru Besar saya .Saya juga membeli beberapa pasang telekong untuk diri sendiri dan dihadiahkan kepada kakak dan sahabat. Di sinilah juga saya menemui jubah yang cantik. Harganya lebih kurang RM50 duit kita. Pendekata sangat puas hati. Cuma terkilan sedikit dengan fridge magnetnya yang tidak banyak pilihan.
Sebenarnya papan tanda ini diapit oleh dua patung  yang berperut buncit hitam dan menakutkan...hahaha

Inilah barisan kita yang melangkah dengan semangat. Si Bayu membimbit beg bertroli untuk disumbat dengan barang.
Bye bye Pasar Grosir. See you again next time, InsyaAllah.
 Setelah selesai shopping, kami bertolak ke Tawangmanggu. Kami pergi ke Air Terjun Parang Ijo. Kedudukan air terjun ini di atas bukit dan untuk ke sana suasananya sangat sejuk. Penghabisan , saya tidak berani turun ke dalam kolam renang memandangkan airnya yang sangat sejuk itu. Bimbang memudaratkan kaki. Permandangan di perbukitan itu juga sangat cantik.
Saya diapit oleh ibu-ibu dan anak-anak masing-masing

berhenti sekejap tangkap gambar

Air terjun Parang Ijo

Air Terjun Parang Ijo

Air Terjun Parang Ijo
 Untuk masuk kami dikenakan bayaran 2500 rupiah seorang. Kami membawa bekal makanan yang dimasak oleh adik Bibik, Jacky @Joko. Jadi kami beramai-ramai kongsi makan dalam satu bekas. Kami makan dan solat di warung Pak Gun yang kosong. Mungkin Pak Gun tidak menjalankan perniagaan pada hari Isnin.
Gerai sate Pak Gun


Lukisan yang tergantung dalam warung Pak Gun menunjukkan acara minum-minum atas lantai
 Yang paling seronok bermain air dan berenang ialah si kecil Teta. Dia mempraktikkan teknik menarik nafas banyak kali. Abang-abangnya Ojan dan Akim sebentar sahaja berendam kerana sejuk. Mungkin kerana hari Isnin maka kolam itu lenggang dan ini menjadi keberuntungan buat kami.
Kolam Renang Parang Ijo

Teta seronok berenang

Fauzul Hakim yang kesejukan

Afnan Fauzan menyakat si Teta

Teta gigih berenang, nampaknya dia mempraktikan teknik yang cikgu renangnya ajar.

Bila Mak Andak bersama Ojannya.

Bibik yang dah kurus menyelit belakang saya yang gadang..hahaha

Sekembalinya kami dari Air Terjun Parang Ijo, kami meneruskan aktiviti membeli-belah  di Solo Grand Mall. Ada sebuah shopping complex yang baru iaitu Solo Paragon tetapi masih dalam pembinaan. Sudah tentu aktiviti ini membuat saya sangat teruja. Saya membeli sandal , baju dan sandal Putri di Matahari. Harganya murah-murah dan banyak pilihan.Jenama Nevada menjadi jenama Indonesia yang terkenal. Kami bertolak balik dalam keletihan dan sudah malam.Alhamdulilah....:)
The Solo Grand Mall

Cantik-cantik perabot kat sini..diperbuat daripada kayu

Teta dapat satu beg troli...letih sudah

Selamat tinggal Matahariku...hahaha
Hari terakhir sebelum bertolak balik ke Lapangan Terbang Adie Soemarmo, Solo  kami singgah lagi ke Mall ini untuk menghabiskan rupiah. Saya membeli beg travel yang ringan dalam 690000 rupiah. Ini semua gara-gara barang yang banyak sehingga kekurangan beg untuk membawanya balik..hahaha.

Bagi saya , SOLO adalah tempat yang menarik. Budaya , makanan, suasana, dan permandangan perbukitannya yang terpelihara cantik sungguh menambat hati . Kampung Bibik Grompolsragen , adalah perkampungan Islam yang aman damai. Tiada anjing kelihatan dan tiada sampah bertebaran. Penduduknya ramah dengan senyuman. Rumah yang kecil dan kelihatan usang amat bersih tertata rapi kerana seawal pagi penghuninya sudah menyapu membersihkan halaman dari debu tanah yang ditiup angin. Kelihatan sangat mendamaikan. Juga makanan sayur-sayuran segar menandakan betapa penduduk Solo mementingkan kesihatan.
Setinggi penghargaan kepada Kak Norhayati Berahim sekeluarga, Kak Mijah Berahim sekeluarga dan Bibik Sariyanti sekeluarga atas percutian yang sangat menggembirakan ini. Dan bila sekolah dibuka semula hari ini, semangat saya melonjak-lonjak naik......terasa segar sekali..

PERCUTIAN KE SOLO 2

0

Posted by Leeza | Posted in

Bergambar dalam Pasar Klewer
Tidak lengkap kiranya percutian ini jika tidak bershopping. Bak kata Ojan, mana nak ingat benda lain jika sudah bershopping.hahaha.Saya, Kak NB , Kak Mijah dan Bibik sendiri pun suka bershopping. Anak Bibik bertanya ibunya apakah tidak penat bershopping.hahaha. Selesai mengisi perut dan bersolat , kami teruskan perjalanan ke Pasar Klewer. Perjalanan ke sana agak macet. Penggunaan hon kereta dimaksimumkan dengan menyelit celah-celah speda motor dan mobil. Juga lorinya tidak mahu mengalah tidak sedar diri badan besar gedabak. Beberapa hari di Solo saya perhatikan majoriti penduduknya menggunakan motorsikal. Semasa melalui perbukitan Sarangan yang berlekok, kami berpapasan sekumpulan mat motorsikal besar . Agaknya mereka ada acara berkumpulan yang disertai ,berkonvoi ramai-ramai. Juga kami saksikan ada beberapa kumpulan anak remaja meminta wang sambil memetik gitar kecil menunggu di tengah jalan berhampiran lampu isyarat. Sesekali pemandu kami menghulurkan sebatang rokok dan disambut oleh mereka dengan gembiranya. Jika tidak berdaya tidak mengapa tetapi rata-rata yang mengemis ini adalah anak remaja. Pun juga saya saksikan seorang lelaki tua duduk di atas tanah tepi jalan sambil menarah rumput-rumput,gigih mencari nafkah hidup.
Kesian Kak NB , keletihan
Pasar Klewer boleh saya umpamakan seperti Pasar Dockyard dan Pasar Gambir, Kuching pada satu masa dahulu. Pun juga boleh diumpamakan dengan Pasar Philipines, Sabah. Namun Pasar Klewer amat sesak dan padat. Jangan harap ada kipas dan aircond di sini. Kita harus tahu menawar harga dengan semurah-murahnya. Di sinilah kami membeli beberapa helai baju kemeja batik dan kain batik sarung. Sudah menjadi kebiasaan jika saya ke mana-mana samada berjalan ke KL atau Sabah, saya pasti membelikan oleh-oleh buat abang-abang dan Boss saya. Di sini saya membeli sepasang seorang kemeja batik yang harganya antara rupiah 35000-rupiah 50000. Saya juga sempat menyambar beberapa helai batik sarung untuk buah tangan untuk ibu tersayang. Kepanasan di sini membuatkan kami tidak dapat berlama-lama dalam Pasar Klewer. Namun begitu, kami teruskan menjelajah kedai-kedai India di hadapan Pasar Klewer pula...hahaha. Kami membeli beberapa pasang telekong dalam harga rupiah 200000-210000 rupiah. Pandai-pandailah minta si Bibik tolong tawarkan harganya. Qaisara dan abang-abangnya membeli aiskrim kerana cuaca sangat panas.
Bibik tengah menyusun barang-barang belian kami ke dalam beg..hahaha.
Oleh kerana tempat parkir sangat jauh maka kami naik becak dua orang sebuah  beca. Bayarannya rupiah 5000. Saya naik dengan Kak Yati....
Laju juga ni...agaknya mengah penarik becak ini membawa kami yang berat .
Selesai di Pasar Klewer kami teruskan aktiviti bershopping di Giant Solo. Sebutannya GIAN. Sebelum itu kami membawa anak dara kami Qaisara ke salun milik kawan Bibik. Dia mencuci dan menggunting rambutnya. Sampai tertidur-tidur anak ini...hahaha.
Mercu tanda Giant
Giant Solo

Salun kawan Bibik
Seronoknya dia sampai pejam mata
Di Giant, kami melihat-lihat barang dan membandingkan harga barangan dengan Giant Malaysia. Nampaknya harga agak mahal dan tidak ramai pengunjung. Saya mengikut Qaisara dan Bibik naik keretapi. Apa Kak Yati cakap, nasib baik keretapi dapat bergerak.
Keretapi mainan
Tak peduli, nak naik juga..hahaha 2 kali pusingan pula tu.
Harimau untuk kanak-kanak
 Di Giant , Qaisara lebih banyak meluangkan masa bermain di tempat permainan kanak-kanak. Kami pula melihatlihat barangan yang dijual di situ. Menurut Kak Yati, barangan di Giant itu agak mahal. Tidak hairanlah Giant nampak lenggang walaupun hari minggu. Kami membeli sandal massage di Guardian yang harganya dalam RM70 duit Malaysia.
Sandal massage

selesa dipakai
Nampaknya saya lebih banyak shopping sandal...:)